Konsep Asas Insuran Hayat

Insuran Hayat merupakan konsep gabungan antara Simpanan & Perlindungan. Semasa dalam tempoh simpanan dibuat ia dilindungi dengan perlindungan asas iaitu dari risiko kematian dan juga Hilang Upaya Kekal (HUK). Dalam masa yang sama juga, ia boleh dipakejkan dengan lain-lain faedah seperti kemalangan, 36 jenis penyakit berbahaya, faedah hospital dan sebagainya.


Berbeza dengan simpanan biasa* tanpa boleh disertakan faedah seperti di AmAssurance. Oleh itu jika sebarang risiko berlaku (kematian, sakit, kemalangan dan sebagainya), penyimpan hanya mendapat jumlah simpanan berserta keuntungan sahaja (jika ada) tanpa sebarang jaminan dari risiko yang dihadapi

PERBEZAAN SIMPANAN

Tujuan Simpanan

  • Masa Depan & Persaraan
  • Pendidikan
  • Kecemasan

3 Senario Bagi Punca Pendapatan

1. Bekerja
Secara lumrahnya, orang bekerja bagi mendapatkan sesuatu pendapatan yang diingini.

2. Berhenti Bekerja
Apakah belanja-belanja juga harus terhenti?
Altenatifnya, adalah mencari pekerjaan baru

3. Tidak Boleh Bekerja? **
Tentunya seseorang juga mempunyai altenatifnya yang tersendiri. Tetapi apakah ;

a. Anak atau isteri bekerja?
* Mampu atau cukupkah pendapatan mereka? Jika seorang isteri sebagai guru, apakah dia boleh menggantikan pekerjaan suaminya sebagai seorang doktor?

b. Bantuan saudara mara, kawan-kawan, jiran-jiran - sampai bila?

c. Jual / Gadai Harta - Jika ada
* Bagaimana sukarnya dengan jumlah bayaran bulanan yang besar bagi mendapatkan sesuatu aset.
* Pinjamanan perumahan RM100,000 dengan tempoh 25 tahun memerlukan bayaran RM700 ++ sebulan

d. Apakah ada simpanan semasa RM100,000, RM50,000, RM10,000 atau RM5,000?
* Bolehkan wang simpanan ditunaikan serta merta oleh pihak lain? Atau dibekukan sementara diproses?

e. Simpanan di AmAssurance hari ini
* Simpanan RM50 - RM100 sebulan sudah memadai mencipta harta serta merta bernilai RM100,000 tanpa perlu bersusah payah menjual, menggadai harta yang tersedia ada.

* Kecairan Tunai TERPANTAS - Maksima 60 hari (Akta Insuran 1996)

**Akibat kematian, hilang upaya kekal atau sakit

No comments: